CERPEN INDAH IMAN

 INDAH IMAN
        “Iman,umi dengan abah bercadang nak pergi bercuti esok,Iman nak ikut tak?” Tanya umi kesayanganku.
          “Apa? Nak pergi bercuti? Mestilah Iman nak ikut. Takkanlah umi dan abah sanggup tinggalkan Iman sendirian?” Jawabku dalam nada manja.
Umi dan abah hanya melirikkan senyuman manja sebaik sahaja mendengar jawapan aku. Aku tahu bahawa mereka sudah mengagak aku akan sentiasa berkepit dengan mereka 24 jam. Maklumlah,aku kan anak tunggal kesayangan mereka. Anak yang manja.
Malam itu,aku dan umi pun mula mengemas barang-barang yang perlu dibawa esok. Tak sabar rasanya nak pergi jalan-jalan,detik hatiku. Mesti seronok rasanya. Tapi,umi dengan abah nak pergi ke mana sebenarnya? Soal aku dalam hati. Aku nak bertanyakan umi,tapi,apabila melihat umi sedang sibuk melipat pakaian ayah,aku terus mematikan pertanyaan itu. Agak-agak ke mana mereka nak bercuti kali ini. Mesti seronok kalau umi dan abah bercuti di Genting Highland kali ini. Boleh lah aku menunjukkan keberanian aku di hadapan mereka. Biar terngaga mulut mereka melihat Nurul Iman yang dahulunya gayat,kini bergaya di atas ‘Roller Coaster’,sedang melambai-lambai tangan tanpa rasa ketakutan.
        “Iman,dah pastikan semua barang-barang sudah masuk? Soal umi.
         “Iman!”Sergah umiku. Sah! Aku berangan. Apalah nak jadi dengan aku ni,asyik berangan sahaja. Sampai umi aku berteriak,baru nak sedar. Ish..ish..
     “Iman tadi berangan tentang apa? Mesti beragan naik ‘Roller Coaster’ kan?”,teka umi.
Mendengar sahaja tekaan umi yang tepat,aku pun menayangkan gigi aku yang putih lagi bersih.Malu rasanya. Sesungguhnya umi memang sudah tahu bahawa aku suka berangan menaiki ‘ Roller Coaster untuk menunjukkan aku ini seorang yang berani. Padahal,sejak kecil lagi aku ni seorang yang gayat. Ada hati nak berangan lebih-lebih. Gelak aku di dalam hati.
      “Iman,umi dengan abah pasti tidak akan bawa Iman ke Genting. Kami ada tempat yang lagi menarik buat Nurul Iman” Beritahu umi kepadaku.
Agak-agak ke mana lah mereka nak bercuti ni. Tidak sabar rasanya hendak tunggu hari esok. Semoga hari esok merupakan hari yang indah dan gembira.
___________________________________________________________________________
      “Iman,bangun Iman.” Dah subuh ni.” Jerit umi dari luar bilikku.
Aku terus bangun sebaik sahaja mendengar suara umi kesayanganku itu. Tidak sampai hati rasanya membiarkan umi terus berteriak memanggil aku. Kata nak jadi anak solehah,jadi aku kenalah mendengar segala kata umi dan abahku. Dalam hadis al-Quran pun ada menyatakan bahawa keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa. Maka,aku kenalah mencari keredaan umi dan abahku. Barulah hidup aku bahagia di dunia dan akhirat.
Usai solat subuh,aku pun bersiap-siap turun ke bawah. Rupa-rupanya umi dan abah sudah pun berada di bawah. Umi sedang menghidangkan sepinggan nasi goreng buat kami sekeluarga. Mesti sedap kalau umi yang masak.
           “Selepas bersarapan,kita terus bertolak.” Beritahu abah.
Aku  masih tertanya-tanya ke mana tujuan mereka sebenarnya. Namun,aku hanya berdiam kerana biarlah percutian ini menjadi ‘surprise’ buatku.
___________________________________________________________________________
 Selepas lebih kurang tiga jam di dalam kereta,akhirnya kereta abah berhenti juga di sebuah resort iaitu Salang Layang Resort. Pada mulanya,aku tidak tahu apakah nama tempat itu. Namun setelah terpandang papan tanda ‘PULAU TIOMAN ’,barulah aku tahu. Rupa-rupanya inilah tempat percutian kami kali ini. Sungguh aku tidak sangka umi dan abah akan membawa aku ke sebuah pulau yang sungguh cantik.
    “Iman,indah kan pulau ini. Sebab itulah abah dan umi mahu Iman melihat keindahan pulau ini. Lagi pula,pulau ini sungguh popular,terutamanya dalam kalangan pelancong Eropah.” Beritahu abahku sungguh-sungguh.
Memang aku tidak nafikan bahawa Pulau Tioman merupakan pulau yang sungguh cantik. Seingat aku,guru geografi aku pernah mengajar aku bahawa jumlah pelancong sebulan di sini hampir mencecah 30 000 hingga 50 000 orang sebulan. Jadi,tidak hairanlah Pulau Tioman ini dikunjungi ramai pelancong kerana keindahan lapan gugusan pulaunya. Sesungguhnya,aku sangat gembira  bercuti di sini. Terima kasih abah. Terima kasih umi.
___________________________________________________________________________
        

              “Umi,abah,Iman rasa lepas SPM nanti,Iman nak ambil bidang pengurusan dan perniagaan. Apa pendapat umi dan abah?” Tanya Iman spontan. Sebenarnya,aku sudah mula tertarik dengan keindahan pulau ini yang sangat memukau. Hembusan bayu di pulau ini sungguh menenangkan hati dan fikiran. Kiranya,apabila aku sudah dewasa kelak,aku bertekad ingin mengusahakan sebuah resort di pulau-pulau seperti ini.
           “Kalau Iman minat dalam bidang itu,apa salahnya. Umi dan abah akan sentiasa memberikan sokongan 100% kepada Iman buah hati kami ni.” Jawab umi sambil mencium pipi montel aku. Abah pun turut tersenyum melihat senyuman di bibir anak-beranak itu.
Kini,aku bertekad ingin mencari pengalaman dalam bidang pengurusan dan perniagaan. Lupa pulak,sebelum itu, aku kenalah dapatkan ‘straight A+’ dalam peperiksaan SPM. Getus aku di dalam hati.
___________________________________________________________________________
          “Masuk.” Sahut Pengurus INDAH IMAN RESORT sebaik sahaja ketukan di pintu biliknya berbunyi. Seorang wanita sebaya pun melangkah masuk ke ruagan Nurul Iman Mohd Haiqal. Kini,cita-cita aku ingin mengusahakan sebuah resort tercapai juga akhirnya. Aku sekarang sedang sibuk mengusahakan resort mlikku yang sedang berkembang maju. Sesungguhnya,segala hasil titik peluh aku ini adalah kerana jasa dan sokongan umi dan abah . Terima kasih sakali lagi umi,abah. Ucap aku di dalam hati. Tanpa mereka,belum tentu aku berada di sini.
Sebenarnya,wanita itu tadi  merupakan kawan baik aku. Nabilah sudah banyak membantu aku. Dia sanggup menjadi penasihat aku dalam mengusahakan resort ini. Entah apa agaknya yang berlaku jika tanpa dia membantu aku.  Nabilah banyak membantu aku mendapatkan tender bagi INDAH IMAN RESORT. Dia juga banyak mengetahui mengenai selok-belok syarikat aku. Maklumlah, dia kan ‘BFF’ aku. ‘Best Friends Forever’.
Walaupun aku dan Nabila mula berkawan ketika kami bertemu di suatu kursus pengurusan perniagaan 6 bulan yag lalu,tapi hubungan kami sangat rapat. Akrab walaupun baru berkenalan . Aku sungguh tertarik dengan  perwatakan sederhana dan  peribadinya. Dia juga senang untuk bergaul dengan orang lain. Aku senang untuk berkongsi masalah dengannya. Mungkin disebabkan itulah,hubungan kami begitu rapat ibarat isi dengan kuku.

           “Apa?? Ada orang yang telah menggelapkan wang syarikat? Hampir tiga suku juta? Kaget aku apabila mendengar berita yang disampaikan melalui telefon itu. Aku cuba bertenang. Menarik nafas panjang-panjang. Mungkin itu hanya gurauan pekerja aku yang ingin mengenakan bosnya. Aku cuba seboleh-bolehnya bertenang. Namun,perasaan resah gelisah itu tetap ada. Dengan pantas,aku cuba menghubungi abah dan umi.  Biarlah aku melepaskan perasaan gelisah ini terhadap orang tua ku. Mereka sudah pasti dapat mententeramkan ku.
Usai menelefon abah,aku terus ke bilik En Faiz,seorang akauntan dalam syarikat aku. Aku menyuruhnya mengaudit urusan keluar masuk wang syarikat. Setakat ini, segala urusan debit dan kredit adalah seimbang. Aku bersyukur. Perasaan aku mulai lega.
Namun,perasaan lega itu hanyalah sebentar.Tiba-tiba aku mendapat satu panggilan daripada seorang klien aku. Menurutnya,cek yang ingin dia tunaikan kena tendang. Sekali lagi aku terkejut. Ya Allah,Kau kuatkanlah iman aku ini!
Aku dan En Faiz pun segera ke bank untuk melakukan penyemakan. Memang betul. Wang syarikat telah digelapkan. Wang tersebut bukannya berjumlah sedikit. Hampir RM750 000. Macam mana aku ingin membayar semula liabiliti syarikat.”Ya Allah, aku buntu. Kau tunjukkanlah jalan terhadap hamba-Mu ini. Sesungguhnya,aku tahu bahawa setiap ujian yang Kau turunkan mampu ditanggung oleh hamba-Mu dan pasti ada hikmahnya.” Bertawakal aku di dalam hati.
___________________________________________________________________________
Selepas membuat laporan polis,aku terus pulang ke rumah ,menemui umi dan abah. Bercucuran air mataku melihat wajah umi dan abah. Aku sebenarnya tidak mampu untuk menghadapi ujian ini. Aku didakap erat oleh umi.
              “Umi,abah...siapa yang sanggup khianati Iman? Seingat Iman, Iman tak pernah buat jahat pada orang lain”
                “Sabar sayang. Segala ujian ni pasti ada hikmahnya.” Pujuk abah dan umi.
Aku hanya berdiam. Kelu untuk berkata-kata. Kenapalah ujian ini datang ketika INDAH IMAN sedang berada puncaknya?Biarlah air mata aku mengalir sepuas-puasnya.
___________________________________________________________________________

Sebulan berlalu,aku kini sedang berusaha keras untuk mengembalikan segala wang yang telah aku pinjam bagi memulihkan kembali kewangan syarikat.Nasib baik abah dan umi sudi untuk meminjamkan setengah juta ringgit kepada aku. Selebihnya,aku telah pinjam daripada Nabilah dan teman-temanku yang lain. Sehingga kini,aku masih berharap bahawa ‘gunting dalam lipatan syarikat ‘ akan tertangkap juga. Aku percaya bahawa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Aku tahu saat itu pasti akan tiba juga. Aku pelik,siapakah sebenarnya yang telah pecah amanah ini? Adakah ia musuh aku? Ah! Tidak mungkin rasanya. Aku kan tidak pernah bermusuh.
.

              MAAFKAN AKU,IMAN...
MAAF KERANA TELAH MENGKHIANATI PERSAHABATAN KITA.. AKU LAH YANG SEBENARNYA TELAH MELENYAPKAN SEGALA WANG SYARIKAT INDAH IMAN RESORT...AKU SEBENARNYA TERDESAK...HUKUMLAH AKU.
AKU RASA BERDOSA KERANA TELAH MENIKAM BELAKANG KAWAN  BAIK  YANG BANYAK MEMBANTU AKU ....AMPUNKAN AKU!
                                                                                                                            NABILAH

 Itulah isi kandungan surat yang telah aku terima. Surat daripada Nabilah. Aku benar-benar tidak percaya Nabilah sanggup menikam aku. Aku terkilan. Apakah salah aku terhadapnya sehingga dia sanggup menikam sahabatnya sendiri. Atau dia mungkin ada alasannya sendiri? Jadi,benarlah apa yang dikatakan Inspektor Rizal bahawa Nabilah antara suspek utama memandangkan dia tidak mempunyai alibai yang kukuh ketika di soal siasat.
.



Apakah aku sanggup melihat sahabat aku dipenjarakan?  Soal kata hatiku. Ah! Sesungguhnya aku tidak sanggup! Tetapi,yang bersalah tetap bersalah. Aku mengambil keputusan untuk tidak menarik laporan polis yang telah dibuat. Dia sewajarnya dipenjarakan atas kelakuannya pecah amanah. En Aidil perlu dikenakan tindakan atas tindakannya mengancam nyawa Nabilah dan memaksanya untuk  menggelapkan wang syarikat. Aku tidak sanggup membiarkan sahabat baikku menjadi mangsa En Aidil.
              “Iman,terima kasih kerana sanggup menarik balik dakwaan ke atas Nabilah. Sesungguhnya,Bella benar-benar khilaf. Maafkan Bella.” Air mata Nabilah mengalir membasahi bahu Iman. Aku  juga turut mengalirkan air mata. Suasana sedih menyelubungi perasaan kami.
             “Jangan lah menangis lagi. Bella tidak bersalah sebenarnya. Nabilah kan dipaksa. Lagipun,pihak polis telah berjaya mengesan wang syarikat yang telah digelapkan itu.”
            Alhamdulilah. Akhirnya segala masalah dalaman syarikat telah berjaya diselesaikan. Kini, INDAH IMAN RESORT berjaya berada di puncak kejayaan. Aku dan Nabilah kini sibuk menggemilangkan INDAH IMAN. Semoga segala usaha kami mendatangkan hasil yang tinggi.Amin. Doa aku di dalam hati.
          Terima kasih umi,abah kerana sentiasa memberikan sokongan kepada Iman. Buat Nabilah,setiap manusia akan melakukan kesilapan dan tugas sahabat adalah memaafkan. Akhirnya,aku kini berjaya mengusahakan perniagaan yang telah lama aku inginkan.