TEMPAT-TEMPAT MENARIK

KUALA LUMPUR
MENARA KUALA LUMPUR  
 Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996,
    Pembinaan Menara Kuala Lumpur dilaksanakan dalam 3 fasa pembinaan. Fasa pertama dimulakan pada Oktober 1991 sehingga 15 Ogos 1992. Fasa kedua pula bermula pada 12 Julai 1992 dengan pembinaan ditumpukan pada tapak menara dan tingkat bawah tanah. Kerja-kerja asas pembinaan dan aktiviti penanaman cerucuk selesai pada 15 April 1993.
    Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur kerana terletak pada di kemuncak 94m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Di sini siaran radio RTM iaitu Klasik Nasional, Muzik FM, KL FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM, televisyen RTM1 dan RTM2 milik Radio Televisyen Malaysia dan NTV7 siaran UHF dapat diterima sehingga 40km jauhnya.
    Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur ini merupakan menara telekomunikasi yang kelima tertinggi di dunia di belakang Menara CN di Kanada pada ketinggian 553m, Menara Ostankino di Russia setinggi 537m, Menara Shanghai di Negara China dengan 468m tinggi dan Borj-e Milad dengan ketinggian 435m di Iran. Menara 421 meter tinggi ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada 1996. Di bawah menara ini terdapat kedai cenderamata, pawagam, restoran dan pusat penerangan.


MENARA BERKEMBAR PETRONAS
Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).[3]Menara Berkembar Petronas menjadi bangunan tertinggi di dunia sehingga siapnya Taipei 101 pada tahun 2004, seperti yang diukur hingga ke atas komponen strukturnya (kemuncak, bukan antena).[4] Puncak (spire) dianggap sebagai bahagian penting dalam reka bina bangunan, dan jika diubah boleh banyak mengubah rupa dan reka bina bangunan, manakala antena boleh dipasang atau dicabut tanpa memberi kesan kepada rupa bangunan. Menara Berkembar Petronas masih merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia.[5]
Menara-menara
Willis (dahulunya Spears) dan World Trade Center terbina dengan 110 tingkat yang boleh diduduki, iaitu lebih 22 tingkat berbanding Petronas Twin Towers yang ada 88 tingkat. Bumbung-bumbung dan tingkat tertinggi menara Willis dan World Trade Center agak melebihi ketinggian bumbung dan tingkat tertinggi Menara Berkembar Petronas. Antena tertinggi di Willis Tower adalah 75 meters (246 ka) lebih tinggi berbanding puncak-puncak Menara Berkembar Petronas. Walaupun demikian, mengikut peraturan dan garis panduan CTBUH,[3] antena-antena Menara Willis tidak diambil kira sebagai sebahagian ciri-ciri seni binanya.[6] Sebaliknya, puncak-puncak pada Menara Petronas dikira dalam ukuran ketinggian kerana bukan merupakan tiang antena. Oleh itu, Menara Berkembar Petronas mengatasi ketinggian rasmi Menara Willis dengan beza 10 meters (33 ka), padahal Menara Willis lebih banyak bilangan tingkat dan lebih besar kakian perseginya.    Menara Petronas yang direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina ini, siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan.[7] Menara ini dibina di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur.[8] Kedalaman batuan dasar menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia.[9] Tapak sedalam 120 meter itu memerlukan sejumlah konkrit yang berlebihan untuk dibina dalam masa 12 bulan oleh Bachy Soletanche.[10]
Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada
konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia.[11] Satu lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialah keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat.[12] Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.
Disebabkan kekurangan keluli serta kos pengimportan keluli yang mahal, menara berkembar ini didirikan atas konkrit bertetulang teramat kukuh bereka bentuk radikal yang murah sekali.[13] Konkrit yang amat kukuh dikenali ramai kontraktor Asia dan dua kali lebih berkesan mengurangkan gegaran berbanding keluli; however, oleh itu bangunan ini dua kali beratnya pada tapak berbanding bangunan keluli yang seumpamanya. Disokong oleh teras konkrit 23-kali-23 meter[14] dan segelang luar tiang super yang beruang legar, menara-menara ini menggunakan sistem struktur canggih yang menampung profilnya yang langsing serta menyediakan ruang pejabat tanpa tiang seluas 560,000 meter persegis (669,754 ela ps).[15] Di bawah menara berkembar ini ialah pusat beli-belah
Suria KLCC dan Dewan Filharmonik Petronas.

  Jejantas


Sebatang jejantas menghubungkan kedua-dua menara.

Pemandangan dalam jejantas.
Terdapat sebatang jejantas udara yang menyambungkan kedua-dua menara di tingkat 41 dan 42, iaitu jejantas dua tingkat tertinggi di dunia.[27] Jejantas ini tidak dipasang terus pada struktur utama, sebaliknya direka agar berlongsor ke dalam dan luar menara agar tidak patah akibat angin kencang.[28] Jambatan ini terletak 170 meters (558 ka) dari paras tanah dan panjangnya 58 meters (190 ka), dan beratnya 750 tans (750,000 kg).[29] Tingkat 41 dan 42 juga dikenali sebagai podium, kerana para pelawat yang hendak ke tingkat lebih tinggi perlu menukar lif di sini. Jejantas ini terbuka kepada semua pelawat, asalkan mendapat pas percuma yang diberi mengikut resmi siapa dulu dia dapat (terhad kepada 1700 orang sehari).[30] Para pelawat hanya dibenarkan berada di tingkat 41 kerana tingkat 42 hanya dibuka kepada kakitangan penghuni bangunan.[31]
Jejantas ini juga berperanan sebagai peranti keselamatan, yang mana sekiranya terjadinya kebakaran atau kecemasan seumpamanya di satu menara, para penghuninya boleh mengosongkannya dengan menaiki jejantas ke menara yang satu lagi.[32] Kadar pengosongan yang tercetus oleh ancaman bom palsu pada 12 September 2001[33] (sehari selepas
tragedi keruntuhan menara berkembar World Trade Center di Bandar Raya New York) menunjukkan bahawa jejantas tersebut tidak berguna sekira kedua-dua bangunan perlu dikosongkan serentak, kerana muatan tangga kecemasan adalah tidak cukup untuk menghadapi kejadian sebegini. Oleh itu, adalah dirancangkan agar lif boleh digunakan sekiranya kedua-dua menara perlu dikosongkan, lantas dijayakan oleh raptai kecemasan yang mengikut rancangan tersebut pada tahun 2005.

Sistem lif

Syaf utama lif buatan Otis terletak di pusat setiap menara. Semua lif utama merupakan lif dua tingkat yang terdiri daripada dek bawah yang mengangkut penumpang ke tingkat bernombor ganjil dan dek atas untuk ke tingkat bernombor genap. Untuk mencapai tingkat bernombor genap dari tingkat bawah, penumpang perlu menaiki tangga bergerak ke dek atas lif.[34]
Dari tingkat bawah, terdapat tiga kelompok lif. Kelompok enam lif "jarak pendek" mengangkut penumpang ke antara tingkat 2/3 dan tingkat 16/17. Kelompok enam lif "jarak sederhana" pula mengangkut penumpang ke antara tingkat 18/19 dan tingkat 37/38. Terdapat juga lima lif segera yang membawa penumpang terus ke tingkat 41/42. Untuk ke tingkat-tingkat melebihi 41/42, penumpang perlu menaiki lif segera, kemudian bertukar lif ke tingkat-tingkat tinggi itu. Lif-lif penyambung ini melebihi paras tertinggi lif-lif yang mencapai tingkat 2 hingga 38. Corak perkhidmatan lif berulang dengan tingkat-tingkat atas, iaitu satu set ke tingkat antara 43/44 dan 57/58 dan satu lagi set ke tingkat antara 59/60 dan 73/74.[34]
Selain lif-lif utama ini, terdapat juga sebilangan lif "penyambung" yang mengangkut penumpang di antara kelompok tingkat lif utama. Berbeza dengan lif utama tersebut, lif tambahan ini bukan jenis dua tingkat. Dua buah lif disediakan untuk mengangkut penumpang dari tingkat 37/38 ke tingkat 41/42 (tingkat 39 dan 40 tidak boleh dimasuki). Oleh itu, tidak perlulah seseorang di separuh bawah bangunan untuk turun ke tingkat bawah untuk sampai ke separuh atas bangunan.
Lif-lif ini dilengkapi beberapa ciri-ciri keselamatan, seperti kebolehan mengeluarkan orang dari lif yang tersekat di antara tingkat dengan memandu salah sebuah lif bersebelahan secara manual ke sisinya, kemudian membuka panel pada dinding untuk membuka laluan kepada penumpang dalam lif yang tersekat agar melintas ke gerabak lif yang lain.[35] Ketika mengosongkan bangunan, hanya lif segera boleh digunakan, kerana hanya dilengkapi pintu keluar di tingkat G/1 dan tingkat 41/42; oleh itu sekiranya terjadinya kebakaran di separuh bawah bangunan, syaf yang terlindung ini tidak akan terjejas. Lif bomba turut disediakan untuk tujuan kecemasan.[35]

Sistem penghawa dingin terpusat

Di kawasan timur perkarangan Menara Berkembar Petronas, di sebelah utara Masjid As Syakirin[36], terletaknya bangunan utiliti KLCC District Cooling yang bertujuan membekalkan air sejuk kepada semua bangunan di perkarangan KLCC. Unit air dingin pacuan turbin janaan gas ini mampu membekalkan udara nyaman sebanyak 42,000 RT[36], bukan sahaja kepada Menara Berkembar Petronas dan Suria KLCC, bahkan juga Menara Maxis, Menara Exxon Mobil, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, and Mandarin Oriental Kuala Lumpur dan Masjid As Syakirin.

 Peristiwa terpenting

Ribuan orang mengosongkan bangunan setelah menerima panggilan ugutan bom pada 12 September 2001, sehari selepas serangan 11 September membinasakan menara berkembar World Trade Center di Bandar Raya New York. Skuad pembuangan bom dikerah ke mari tetapi tidak menjumpai apa-apa bom dalam kedua-dua menara Petronas walaupun memindahkan keluar semua orang. Para pembeli dan pengunjung dibenarkan masuk semula tiga jam kemudian pada tengah hari. Tiada seorang pun tercedera dalam langkah pengosongan tersebut.[37]
Pada waktu larut malam 4 November 2005, terjadi kebakaran di kompleks
pawagam di pusat beli-belah Suria KLCC di bawah Menara Berkembar Petronas. Tidak dilaporkan mana-mana kecederaan. Ketika itu, kedua-dua menara hampir kosong (kecuali Suria KLCC yang diisi pengunjung pawagam dan pelanggan restoran).[38]
Pada waktu pagi 1 September 2009, pemanjat bangunan pakar dari
Perancis, Alain "Spiderman" Robert, berjaya memanjat hingga ke puncak Menara Dua dengan menggunakan tangan dan kaki kosong sendirinya tanpa apa-apa kelengkapan keselamatan dalam masa tidak lebih dua jam, setelah dua percubaan sebelumnya terhalang oleh tangkapan polis di tengah-tengah.[39] Pada 20 Mac 1997, pihak polis menangkap beliau di tingkat 60, iaitu 28 tingkat lagi ke puncak. Percubaan keduanya pada 20 Mac 2007, genap 10 tahun kemudian, sekali lagi terhalang di tingkat yang sama (tetapi di menara yang satu lagi).[40]


CHINATOWN
Terletak di salah satu kawasan bandar yang sibuk di Jalan Petaling, Jalan Sultan dan Jalan Bandar. Pasar tersebut dibuka mulai petang sehingga larut malam. Anda perlu tawar-menawar untuk barang yang anda idamkan. Harganya memang murah dan berpatutan. Barang yang dijual dan dipaparkan bermula dari tekstil, barang rumah tangga, peralatan peribadi, buah-buahan dan lain-lain lagi.


BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
Dibina antara 1894-1897, merupakan kubah dan ‘clocktower’ sepanjang 41 meter menjadikannya sebagai salah satu bangunan bandar yang paling sering menjadi tarikan untuk dirakamkan menggunakan kamera.


PASAR SENI BUDAYA
Lokasinya terletak berhampiran Sungai Klang. Bangunan ini banyak menarik pengunjung luar negara untuk mendapatkan cenderamata seperti jam antik, perhiasan, permata, ukiran kayu, batik dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pelbagai persembahan, pertunjukan dipamerkan seperti seperti lukisan batik, tilik nasib, wayang kulit, dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.


MUZIUM NEGARA
Sebuah bangunan indah bercirikan senibina Melayu tradisional berdiri megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Menjadi peneraju aktiviti permuziuman di Malaysia dan pendokong terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan koleksi khazanah negara. Muzium mempunyai sejarah, perkembangan politik, budaya, ekonomi, seni, flora dan fauna negeri ini.



JOHOR

GUNUNG PULAI
Satu-satunya hutan simpan yang terdekat dengan Johor Bahru ialah Hutan Simpan Gunung Pulai. Ia dibuka untuk orang ramai dan amat sesuai untuk aktiviti perkelahan ataupun bersantai bersama keluarga. Pokok-pokok yang tinggi melampai dan irama unggas rimba mengamit kedatangan para pengunjung di sini.. Keindahan air terjun Gunung Pulai merupakan tarikan utama hutan simpan ini. Air Terjun Gunung Pulai mempunyai 3 peringkat; yang terbesar ialah peringkat kedua setinggi 15 meter. Terdapat juga kolam buatan manusia yang sesuai untuk pengunjung bermandi-manda dan berkelah di peringkat pertama dan kedua.

Pengunjung yang cintakan kehijauan alam akan terpesona melihat keindahan alam semulajadi serta hidupan liar di Gunung Pulai. Dibajai oleh sungai dan tanpa ganguan manusia, flora dan fauna mewarnai kehidupan di Gunung Pulai.
Bagi mereka yang gemar berkhemah pula, kawasan perkhemahan juga disediakan. Bermula dari kaki gunung melalui peringkat pertama dan kedua air terjun, berjalan dicelah-celah hutan tropika dan berakhir di peringkat ketiga air terjun adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh mereka yang gemar merentas hutan. Setelah penat seharian meredah hutan, mereka bolehlah beristirehat di kawasan perkhemahan yang disediakan.



GUNUNG BELUMUT
Hutan Rekreasi Gunung Belumut terletak di bahagian utara daerah Kluang. Nama "Gunung Belumut" berasal dari keadaan gunung itu sendiri yang licin kerana batuannya yang belumut dan licin.

Perjalanan menuju ke puncak Gunung Belumut kini telah diperbaiki untuk memudahkan pendakian para pengunjung. Air terjunnya juga terletak di aras bawah gunung tersebut dan ia tidak terlalu tinggi. Ini memudahkan para pengunjung datang bersantai tanpa perlu mendaki tinggi.

Untuk para pendaki, jumlah masa yang diperlukan untuk tiba di puncak gunung pada ketinggian 1004m dibawah paras laut ialah 4 jam. Selepas dua jam pendakian, para pendaki sudah boleh melihat salah satu mercu tanda di daerah Kluang yang terkenal iaitu "Batu Mahkota". Batu Mahkota ialah sebiji batu yang berbentuk seperti sebuah mahkota raksasa.



GUNUNG LAMBAK
Hutan Rekreasi Gunung Lambak yang terletak hanya 5 km dari bandar Kluang telah menjadi kawasan rekreasi yang sering dilawati oleh pengunjung yang ingin melihat keindahan alam semulajadi. Terletak di kaki bukit Gunung Belumut, kawasan rekreasi ini amat sesuai untuk berkelah, mandi manda dan mendaki bukit. Di sini juga terdapat sebuah kawasan permainan kanak-kanak.

Berada pada 510m di bawah paras laut, Gunung Lambak ini dilengkapi dengan kemudahan lorong pejalan kaki dan jambatan kayu untuk memudahkan perjalanan ke puncak gunung. Selain daripada keindahan flora dan fauna nya, terdapat juga kawasan air terjun untuk para pengunjung menikmati kesegarannya. Rumah penginapan juga ada disediakan bagi mereka yang ingin bermalam di sini.






PANTAI MINYAK BEKU
Walaupun Pantai Minyak Beku ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, ia amat sesuai untuk aktiviti memancing dan menikmati udara pantainya yang segar. Di sini terdapat sebuah perkampungan nelayan dan juga kuari untuk memproses batu dan pasir. Kawasan memancing paling sesuai dilawati di sini ialah Kampung Orang Asli dan Perkampungan Nelayan Cina Segenting.

Perigi Batu Pahat terletak di Pantai Minyak Beku, 8 km dari pekan Batu Pahat. Perigi ini dipercayai merupakan tempat Daerah Batu Pahat mendapat namanya











AIR TERJUN KOTA TINGGI
Air Terjun Kota Tinggi yang berketinggian 34 meter merupakan antara tempat pelancongan yang popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara. Keindahan dan kedinginan air yang datang dari atas gunung mendamaikan rasa para pengunjung. Terdapat beberapa buah chalet yang didirikan berhampiran dengan kawasan ini bagi memberi kemudahan kepada mereka yang ingin menginap serta menikmati keindahan waktu malam. Terdapat pelbagai restoran yang menyajikan hidangan makanan ala chinese dan barat serta gerai- gerai makanan yang lain. Selain daripada itu tapak perkemahan juga disediakan bagi mereka yang gemarkan dengan aktiviti perkhemahan.





DESARU
Desaru merupakan antara pantai yang popular di daerah ini. Ia terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia. Pantai yang bersih dengan hutan tropika yang subur sepanjang kira-kira 25 kilometer menjadikan Desaru pilihan pelancong tenpatan dan luar negara. Bagi memberi kemudahan kepada para pelancong, terdapat pelbagai resort dan hotel yang dibina dan ia menawarkan harga yang berpatutan kepada pengunjung.

Dibarisi dengan pokok ru dan air laut yang bersih membuatkan pelbagai aktiviti air dapat dijalankan di pantai ini antaranya menyelam, memancing, menaiki bot dan berkanu. Selain itu terdapat juga aktivi lain seperti menunggang kuda, bermain tenis, bermain golf atau merentas hutan.




TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN
Terletak di tengah-tengah sempadan negeri Johor dan Pahang, hutan yang wujud sejak berabad lamanya ini telah menjadi habitat kepada beberapa speisis flora dan fauna yang jarang ditemui. Hutan ini juga menjadi tumpuan pencinta alam yang sukakan hidupan liar dan hutan segar yang belum diterokai.

Hutan Simpan Endau-Rompin meliputi kawasan seluas 48,905 hektar (800 kaki persegi) merupakan hutan simpan kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara.

Terdapat dua jalan masuk untuk ke Hutan Simpan ini iaitu melalui Kampung Peta ataupun Nitar. Perjalanan selama lapan jam diperlukan untuk ke taman negara ini dengan menyusuri sepanjang Sungai Endau. Kampung Peta merupakan salah sebuah Kampung Orang Asli yang terpencil di Johor.

Antara tarikan Taman Negara Endau Rompin ialah cerita-cerita lagendanya yang telah wujud sejak dahulu lagi. Salah satu ceritanya adalah berkaitan Upih Guling yang terletak di Air Terjun Buaya Sangkut.




PANTAI PUNGGOR
Pantai ini terletak di perkampungan desa yang aneh tetapi menarik di Punggor salah sebuah kawasan di Daerah Batu Pahat. Walaupun pantainya tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, Pantai Punggor menawarkan keindahannya untuk mereka yang ingin beristirehat.

Bawalah seisi keluarga untuk berkelah bersama untuk menikmati pemandangan di sini dan habiskan masa hujung minggu anda dengan udara pantai yang lembut dan sunyi. Legakan ketegangan kerja anda dengan melawati Pantai Punggor dan anda akan berasa segar dan kembali muda.








     
                    sumber: www.malaysia.gov.my


No comments:

Post a Comment